Tertuduh kes rasuah Jana Wibawa, Wan Saiful Wan Jan bakal jadi calon pada PRN Selangor

Tertuduh kes rasuah projek Jana Wibawa yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan anak bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Noh Omar disebut-sebut antara individu bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Selangor, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Memetik Sinar, Wan Saiful bakal bertanding bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal di bawah Parlimen Bangi yang kini disandang, Mazwan Johar dari Parti Amanah Negara (Amanah).
Sementara itu, sumber juga mendedahkan anak Noh, Nurul Syazwani pula dikatakan bakal bertanding di kerusi Permatang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Tanjung Karang pada PRN nanti.