Tesla parkir tepi jalan terbakar tiba-tiba

Tesla parkir tepi jalan terbakar tiba-tiba

 

Sebuah kereta Tesla yang diletakkan di tepi jalan tiba-tiba terbakar di Puchong, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Puchong Jaya selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

Setibanya di lokasi, beliau berkata, kereta itu didapati terbakar 70% dan tiada orang di dalamnya.

“Kebakaran dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” katanya menurut Astro Awani.