‘The pandemic is real’ kawan-kawan, luah Senator Ir Khairil Nizam selepas sahabatnya Ketua Pemuda Pas Selangor kritikal akibat Covid-19

‘The pandemic is real’ kawan-kawan, luah Senator Ir Khairil Nizam selepas sahabatnya Ketua Pemuda Pas Selangor kritikal akibat Covid-19

Saya dapat berita yang menyedihkan hati saya pada malam semalam.

Kalau diikutkan hati, saya nak ke hospital Sungai Buloh sekarang juga!

Sahabat saya, Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, al-Fadhil ustaz Hanafi Zulkapli yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS terpaksa dipindahkan ke Hospital Sg Buloh akibat daripada demam yang berpanjangan dan badan semakin lemah.

Saya menjadi saksi bahawa beliau adalah petugas dan pimpinan jemaah yang sangat komited menjaga dan menggerakkan jemaah di kala pagi, petang, siang dan malam.

Ya Allah, engkau sembuhkanlah sahabat seperjuangan saya ini dan kesemua mereka yang terjejas dengan virus COVID-19.

Lindungilah kami dan angkatlah wabak ini.

Kawan-kawan. The pandemic is real. Kita wajib bersama melawan virus ini.

اللهم رب الناس، أذهب البأس، اشف أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاء لايغادر سقما.

“Ya Allah wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah ia, (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak membawa penyakit lain.”

Ir. Ts. Khairil Nizam