Tiada alasan lagi untuk anda buat kuih donut jadi gebu, hanya guna 5 bahan ini saja

Tiada alasan lagi untuk anda buat kuih donut jadi gebu, hanya guna 5 bahan ini saja

 

Tiada alasan lagi untuk anda buat kuih donut gebu hanya dengan guna 5 bahan ini saja.

Malah, tips dikongsikan Noorazline Ridda ini juga jimat masa sebab tak payah pun rehatkan doh.

Habis uli tepung, terus saja goreng tidak perlu tunggu lama.

Ini resipi dan cara-caranya membuat donut gebu. Selamat mencuba!

Bahan A:

2 sudu besar yis
2 sudu besar susu pekat
3/4 cawan air suam
1 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan biarkan campuran yis kembang.

Bahan B:

Marjerin 2 sudu
Tepung gandum 2 cawan
Gaulkan bahan B menggunakan tangan sahaja.

Cara-cara:

1. Campurkan bahan A dan bahan B. Masukkan campuran air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih air.

2. Uli menggunakan tangan sehingga tiada adunan melekat pada tangan.

3. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil.

4. Buat buat kecil di tengah-tengah menggunakan jari sahaja.

5. Bila dah siap, dah boleh terus goreng.

6. Boleh salut dengan gula atau coklat mengikut selera masing-masing.