Tiada hasrat buka pejabat, janji Hadi bantu Taliban sia-sia

Tiada hasrat buka pejabat, janji Hadi bantu Taliban sia-sia

Kerajaan tidak bercadang membuka pejabat di Afghanistan, jelas Wisma Putra.

Di Twitter semalam, jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Abdul Qahar Balkhi berkata, pemangku Menteri Luar Mawlawi Amir Khan Muttaqi, bertemu dengan penasihat khas Wisma Putra mengenai Afghanistan, Ahmad Azam Ab Rahman.

Tambahnya, satu penerbangan yang membawa bantuan dari Malaysia akan tiba di Kabul pada Rabu.

Qahar juga berkata, “mereka akan membuka pejabat di Kabul” untuk menguruskan bantuan dan kerjasama ekonomi, tetapi tidak memberi butiran lanjut.

Ketika diminta mengulas, jurucakap Kementerian Luar berkata: “Kami boleh mengesahkan bahawa Ahmad Azam berada di Kabul.

“Pejabat baharu yang disebut dalam ciapan itu sebenarnya merujuk kepada pejabat baharu Global Peace Mission (yang dipengerusikan Ahmad Azam), bukan pejabat kerajaan Malaysia.”

Jurucakap itu mengesahkan bahawa kumpulan pertama bantuan kemanusiaan Malaysia akan berlepas dari lapangan terbang Subang esok.

Dalam ciapannya, Qahar berkata, Amir dan Ahmad Azam turut berbincang mengenai langkah mempertingkatkan hubungan, bantuan kemanusiaan, ketelusan dan kewangan Islam.

Awal bulan ini, duta khas Malaysia ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang, berikrar untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan ekonomi kepada Afghanistan.

Malaysia belum secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan yang mula memerintah Ogos tahun lepas.

Bulan lepas Putrajaya berkata, ia hanya boleh membuat pendirian rasmi mengenai pentadbiran Taliban sebaik sahaja ia diiktiraf oleh Pertubuhan Kerjasama Islame