Tiada kenaikan terbaru OPR – Bank Negara Malaysia

Tiada kenaikan terbaru OPR – Bank Negara Malaysia

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan berkenaan dilihat agak mengejutkan selepas empat kenaikan berturut-turut.

Kenaikan empat kali berturut-turut dicatatkan sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.