‘Tiap-tiap hari curi duit..’ – Kisah satu keluarga diajar mencuri

‘Tiap-tiap hari curi duit..’ – Kisah satu keluarga diajar mencuri

 

Masa abang kemaIangan dan dimasukkan ke hospitaI, mak beriya nak jaga abang. Saya tahu dan kenal sangat dengan mak. Dia cari peluang untuk mencuri di hospitaI. Matanya melilau mencari peluang. Sempat juga ambil henset pesakit yang duduk di sebeIah abang.

Malu nak berkongsi cerita, tapi tak dapat lagi nak pendam perasaan. Tak mengharap banyak, cuma harap sudi ada yang sudi membaca. Semoga ada abang – abang dan kakak – kakak yang boleh memberi jalan keluar kepada saya.

Saya nak bagitahu awal – awal, kisah saya ini panjang, sangat panjang. Maafkan saya. Pada tahun ini, usia saya genap 18 tahun, mempunyai 6 orang beradik (saya anak ke-4), kesemuanya lelaki kecuali saya seorang perempuan.

Tinggal menetap di kawasan perumahan berhampiran dengan pusat bandar ibu negeri di semenanjung. Ibu bekerja sebagai cleaner di universiti awam, ayah pula berkerja di pasar ikan. Kami datang dari keluarga yang miskin sederhana, tahap pembelajaran juga hanya ala kadar, tidak pandai di sekolah, abang – abang tidak habis belajar, kekangan duit sememangnya, tapi isu malas belajar itu adalah yang paling utama.

Termasuklah saya yang sedang menulis ini, saya suka menulis, tetapi saya tidak suka belajar, dengan menulis saya rasakan seperti bebas dalam dunia yang lain dari dunia saya sekarang. Dahulunya semasa kami kecil, kami tinggal di kampung rumah keluarga ayah, berlaku isu – isu yang memaIukan keluarga, kami semua berpindah pula ke rumah keluarga rumah mak pula.