Tidak lagi berpanas, himpunan amanat pagi bersama PM kini di dalam dewan

Tidak lagi berpanas, himpunan amanat pagi bersama PM kini di dalam dewan

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini mengotakan janjinya membawa penjawat awam ke tempat lebih selesa bagi mendengar amanatnya, jauh daripada terik matahari seperti kebiasaannya sebelum ini.

Perkara ini dikongsikan beliau di laman FB rasmi miliknya hari ini.

Pagi ini bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Perhimpunan Bulanan di Putrajaya.
Saya menggesa penjawat awam laksanakan perubahan bagi mengangkat negara ke arah lebih baik.
Saya turut mengingatkan Jemaah Menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dengan menerapkan elemen amanah dan keyakinan.
Elemen ini perlu diterapkan dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah dan mungkin berlaku.
Alhamdulillah, setakat ini ada keinginan baik daripada pimpinan atau penjawat awam untuk mengorak langkah dengan lebih pantas dan bertanggungjawab.
#MalaysiaMADANI