Tidak perlu lagi pamer ‘roadtax’ di kereta, JPJ perkenal strategi pendigitalan

Tidak perlu lagi pamer ‘roadtax’ di kereta, JPJ perkenal strategi pendigitalan
Bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
Sebaliknya, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia

“Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” kata beliau dalam sidang media, di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, kata Anthony, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.