Tidak tertarik pada wanita, anak Ridhuan Tee nafi diri ‘gay’

Tidak tertarik pada wanita, anak Ridhuan Tee nafi diri ‘gay’

 

Pelakon kacak dan anak lelaki kepada ahli akademik, Ridhuan Tee Abdullah iaitu Mohd Syafi atau lebih dikenali sebagai Syafi Tee menjawab beberapa soalan peminat ketika melakukan siaran langsung (live) menerusi TikTok, baru-baru ini.

Disoal Ciri Wanita Yang Buatnya Tertarik

Menerusi sesi live yang dirakam oleh peminat, Syafi disoal mengenai ciri wanita yang membuatnya rasa tertarik.

“Sekarang Syafi tertarik kat perempuan macam mana? Nak versi 2023 punya jawapan.” – soal peminat ketika sesi live di TikTok

Tidak Tertarik Pada Wanita?

Pelakon yang juga merupakan seorang model ini kemudian menjawab bahawa dia kini tidak tertarik pada wanita yang berkemungkinan disebabkan pengalaman hidupnya yang telah melalui pelbagai perkara.

“Saya entah lah. Saya macam dah low sikit kat orang. Macam perempuan ni tak buat saya tertarik. Saya tak tahu la itu perubahan hormon ke apa benda, ataupun disebabkan pengalaman saya yang dah hadapi macam-macam benda. Saya rasa crush tu is nothing.

“Saya Tak Gay Laa..”

Dalam pada itu, Syafi menerusi sesi live di aplikasi TikTok berkenaan turut menegaskan bahawa dirinya bukanlah gay seperti yang disangka.

“Saya tak gay laa. Nampak macam saya ni tak straight ke?

Risau..Saya Risau, mak ayah saya risau.” – Kata Syafi sambil tertawa kecil

Terdahulu, nama Syafi Tee pernah mencetuskan kontroversi apabila tular sebuah video yang memaparkan dia sedang berpelukan dengan seorang wanita. Apa yang lebih mengejutkan, wanita yang diperluknya itu bukanlah seorang wanita.