“Tiga bulan kahwin belum disentuh suami, jawapan suami sangat mengguris hati rupanya ini punca dia cakap macam tu”

“Tiga bulan kahwin belum disentuh suami, jawapan suami sangat mengguris hati rupanya ini punca dia cakap macam tu”

 

Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain.

Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’.

Tiga bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Alangkah malangnya menantu dapat mertua perangai sebegini rupa. Ikuti perkongsian di bawah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja. Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu.

Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya. Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata sakit dada. Takut mti xada orang pulak. Xpa saya faham.

Benda ni berlarutan sampai 2 minggu. Lepas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ. Saya belum disentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia.

Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka.

Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang. Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya difitnah pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar.

Saya balik. Saya tanya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua menuduh saya berhubungan dengan lelaki lain.

Sakit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum disentuh. Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jijik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi. Saya diceraikan.

Selepas 7 bulan diceraikan. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik. Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersyukur. Kami bernikah. Saya juga bersyukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik. Dan penyayang walaupon suami saya yang sekarang anak bongsu.

Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga. Belum ada anak. Tapi masalah pula mendatang apabila ex datang balik menagih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi jahat juga dia dan mak dia. Datang memfitnah saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang difitnahkan. Saya bersyukur sangat. Mempunyai ibu mertua yang baik.

Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlukah, saya berdepan dengan mereka? Terima kasih semua.

Luahan wanita ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Apa kata mereka.

Intan Syuhada: Tak payah, lagipun terang dan jelas tak ada apa2 ikatan dah… Jaga saya keluarga yang baru… Hidup mati semula pun tak payah dah jumpa orang macam tu… Jaga keluarga yang lebih menghargai sesal macam mana sekalipun ex awak tu.

Izzati Nordin: Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite.

Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali dilayankAn nanti makin menjadi. Sentiase bersyukur dan kekal di sisi suami dan keluarga, moga Allah permudahkan segala urusanya. Report p0lis juga bagus untuk mengelakkan gangguan sebegitu.

Awang Jauhari: Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu dilayan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu.

Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak dirunsingkan lagi.

Hargai la apa yang ada di depan. Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.

Arlin Amshah: Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpul bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah.

Siti Shahrizan: Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan. Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan, ambil tindakan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hidup kita, mengaibkan dan memfitnah orang boleh dibuat kes.

Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang gila tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahagia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Anita Dshop: Orang yang ada psych0 memang camni. Tak dapat secara kasar, secara halus pun dia orang rela buat. So harap TT lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2. Cari pendinding diri dan keluarga. Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir pada Allah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan hidup TT.. InsyaaAllah, aamiin.