Tiga hari tak dapat dihubungi, rider ditemui maut dalam semak

Tiga hari tak dapat dihubungi, rider ditemui maut dalam semak

 

Kadang kala ada gunanya jika setiap pergerakan terutamanya ketika ingin berjalan jauh dikhabarkan terlebih dahulu kepada pasangan, keluarga mahupun rakan terdekat.

Siapa tahu jika ada kecemasan atau perkara tak diingini berlaku, bantuan dapat diberikan dengan lebih cepat. Tapi sayu pula tatkala mendengar cerita tentang seorang lelaki ini.

Viral kat Facebook Azran hilang

Sejak beberapa hari lalu, sempat viral juga di Facebook khususnya tentang kehilangan seorang lelaki bernama Azran bin Rahmat.

Individu tersebut khabarnya lesap dan tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakan sekerja selama 2 hingga 3 hari.

Namun setelah pencarian dilakukan di jalan yang dilalui di kawasan Grik, akhirnya terjumpa kesan seret tayar sedikit mencurigakan.

Tubuh ditemui kaku dalam semak dekat selekoh…Dipercayai terlibat nahas

Akhirnya kehilangan tersebut terjawab dengan penemuan sekujur tubuh kaku di kawasan semak berdekatan selekoh tersebut.

Allahyarham Azran yang menaiki motor jenis berkuasa tinggi dipercayai terlibat dalam satu nahas jalan raya dan tidak disedari oleh pengguna lain lalu lalang.

Walau bagaimanapun, bagaimana insiden tersebut berlaku masih lagi menjadi tanda tanya kerana belum ada saksi yang tampil.

Kawasan ni memang risky, lepas ni kalau nak jalan sendiri better buat live location dengan orang terdekat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati selepas mendengar berita mengenai penemuan rider tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk ucapkan takziah di atas kehilangan berkenaan.