Tiga restoran kena scam dengan pasangan pelancong Britain, makan mewah tapi tak bayar

Tiga restoran kena scam dengan pasangan pelancong Britain, makan mewah tapi tak bayar

 

Kebanyakan pelancong pastinya akan menyediakan bajet secukupnya sebelum memulakan percutian namun ada juga antara mereka yang kedekut.

Mungkin mahu menjimatkan wang, sepasang pelancong dari Britain selamba menjamu selera di beberapa restoran tanpa membuat pembayaran.

Mereka dikatakan melancong di Greece dan sudah ada beberapa pemilik premis yang memaklumkan kedai lain mengenai pasangan tersebut.

Menurut Daily Star, pasangan yang tidak dikenali itu menuju ke Pulau Crete dan makan di tiga buah restoran secara percuma.

Seorang kakitangan dari sebuah restoran memberi amaran kepada orang lain supaya mengawasi pasangan itu.

Lebih menyakitkan hati, pasangan tersebut menjamu selera dengan makanan mewah dan meninggalkan premis sebelum membayar.

“Kami adalah restoran ketiga setakat ini di mana mereka telah mencuba taktik itu,” kata seorang pekerja sebuah restoran.

Warganet mempersoal bagaimana ada orang dengan selambanya makan tapi tidak membayar kalau sekali mungkin kesilapan tapi dah banyak kali memang sengaja cari nahas.

“Sangat memalukan. Bagaimana seseorang boleh melakukan perkara sedemikian kepada orang yang lain di sekitar kawasan itu?

“Orang seperti itu yang memberi nama buruk kepada orang Inggeris,” komen warganet.

Mungkin selepas ini kedai makan boleh meminta pelanggan bayar terlebih dahulu sebelum makan untuk mengurangkan potensi ‘scammer’ daripada menjamah makanan secara percuma.