“Tiga TPM? Seorang pun saya tak mampu nak lantik” – Ismail

“Tiga TPM? Seorang pun saya tak mampu nak lantik” – Ismail

Cadangan melantik tiga orang Timbalan Perdana Menteri seperti ditimbulkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengundang ketawa daripada pengguna media sosial tanah air.

Ini selepas kerajaan pimpinan Ismail Sabri sendiri dianggap gagal melantik walau seorang pun calon menduduki kerusi nombor 2 itu selepas berjaya menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Sebelum itu, Ismail berkata cadangan Barisan Nasional untuk melantik tiga timbalan perdana menteri (TPM) jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, mesti dijadikan manifesto terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, parti itu belum membincangkan mana-mana nama untuk mengisi jawatan terbabit sebaliknya memberi tumpuan penuh untuk memenangi PRU15 terlebih dahulu.

“Tidak tahu lagi (calon TPM), biar kita menang PRU dulu. Kalau perkara ini ada dalam manifesto kita, tentu saja kita akan pastikan ia dilaksanakan.

“Walau bagaimanapun, kita tunggu menang dulu, baru kita bincangkan. Tentu saja kalau kita teruskan dengan cadangan manifesto ini, kita akan dapatkan nama dari wakil Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Ekspresi@Finas di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pada Isnin.

Beliau yang juga Naib Presiden BN turut tidak melihat kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan cadangan berkenaan cuma janji politik, sebagai isu besar.

“Itu pandangan Pas. Biarlah dia dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita,” katanya ringkas, seperti dilapor Awani.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-15 nanti.

Beliau dikatakan memberi jaminan akan melantik wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung mengisi jawatan itu akan dimasukkan dalam manifesto BN.