TikToker dakwa tanam uri dalam sangat penyebab anak ‘speech delay’, ramai kata syirik!

TikToker dakwa tanam uri dalam sangat penyebab anak ‘speech delay’, ramai kata syirik!

Kerap kali kita dengar mengenai masalah anak-anak yang lambat bercakap atau ‘speech delay’ dan mereka ini memerlukan rawatan yang sesuai dengan doktor yang berpengalaman untuk memulihkan kembali tumbesaran.

Walau bagaimanapun, tular satu posting di TikTok baru-baru ini yang mendakwa punca anak-anak ‘speech delay’ adalah kerana menanam uri terlalu dalam. Aik biar betul ni? 

“Dah macam syirik pun ada”

Menerusi satu posting yang dimuat naik Ruby Atika di Facebook, dia telah menegur tindakan seorang TikToker yang mendakwa punca anak-anak mengalami masalah lambat bercakap kerana ibu bapa menanam uri anak terlalu dalam.

TikToker itu yang juga mempromosi rawatan tradisional di media sosialnya mendedahkan cara-cara untuk memulihkan masalah tersebut dengan menggunakan beberapa jenis air dan mandi pada hari serta waktu yang tertentu.

347100210 744135077448030 6191755111709432710 N

Saya dah stop share apa-apa content dalam tiktok. Walaupun dah ada 21.5k followers. Tapi saya stop.

“Sebab depa punya tahap fikiran tu… apa nak kata ya… pekat sangat. Dah macam syirik pun ada. Saya rasa letih dan malas nak layan tiktok dah,” katanya.

“Kesian juga kalau yang percaya bulat-bulat tu”

Posting tersebut ternyata menimbulkan kerisauan para netizen yang berharap orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan apa yang dimuat naik di media sosial.

Selain daripada perbuatan itu berunsur syirik, ramai juga bimbang perbuatan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi kanak-kanak ini.

Khurafat Uri

Sebelum nak terima apa-apa petua baik korang siasat dulu betul-betul. Risau benda syirik macam ni.