Timbalan Menteri ini hanya ambil 7 hari selesaikan kes wang pesara guru di’scam’ berjumlah RM50,000
Scammer ditangkap dalam 7 hari!!!
Minggu lepas ada orang tag saya kisah Saudari Liz tentang ayahnya yang jadi mangsa scam. Ayahnya, Encik Kamaruddin ialah pesara guru berusia 85 tahun.
Saya terus hubungi Liz untuk tahu lebih lanjut. Dia bagitau saya, ayah tuanya menangis setiap hari memikirkan nasib yang menimpa.
Saya tak dapat bayangkan betapa beratnya ujian ayah Liz. Wang berjumlah RM50,000 hasil keringat selama ini hilang macam tu je, dalam sekelip mata. 😔
Itu satu hal. Lagi satu Liz bagitau saya, pihak berkuasa lambat sangat nak ambil tindakan. Masa tu musim cuti akhir tahun. Dia risau kalau dilengah-lengahkan nanti scammer confirm akan terlepas.
Saya segera tinjau dan berjumpa pihak berwajib, termasuk Bank Simpanan Nasional dan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) untuk bertindak cepat.
Mujur, masih ada sinar di sebalik kesedihan. ✨
Kerjasama antara Kementerian Kewangan, BSN, Lazada, pihak telco, dan pihak polis telah berjaya memberkas scammer tersebut dan berjaya menyelesaikan siasatan dalam masa 7 hari sahaja! 👏
Tapi… ada satu benda yang paling menyakitkan hati.
Rupa-rupanya, scammer tu ialah pembantu rumah Encik Kamaruddin. 🙁 Bayangkan, orang yang paling dia percaya pun boleh tikam belakang dia. Harapkan pegar, pegar makan padi.
Si scammer ni memang ada direct access kepada phone Encik Kamaruddin, dan telah guna kemahiran IT sehingga berjaya menggodam akaun BSN majikannya itu untuk beli lambakan barang kemas dan emas di Lazada. Dia leburkan RM50,000 dan kemudian bercadang untuk terbang ke Filipina.
Nasib baik Polis kita cekap dan sempat menangkap si scammer pada saat-saat akhir, sebab dia sudah pun membeli tiket kapal terbang dan bersedia untuk larikan diri!
Kajian menunjukkan bahawa 37% pendeposit mendedahkan password kepada orang lain. Ini antara perkara yang paling serius kita kena jaga. Tak dinafikan, zaman sekarang ni memang mudah untuk melakukan pelbagai urusan perbankan melalui telefon. Tapi tolong, jangan sesekali dedahkan password kita kepada orang lain.
Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Inspektor Sivalingam dan ASP James Lim, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields yang telah bertindak pantas menyelesaikan kes ini. Pengalaman peribadi saya melihat kecekapan PDRM buat saya rasa amat kagum. Saya harap kes-kes lain juga akan mendapat perhatian sebegini rupa, supaya kita akan hidup lebih aman damai.
Kepantasan respon pihak berkuasa merupakan antara elemen paling penting untuk tangkap si penyangak dan merampas semula wang yang dicuri.
Masa saya bertemu dengan Bank Negara, saya telah gariskan 4 perkara utama yang perlu diteliti dan ditambahbaik segera:
1) Keselamatan (Security) – sistem keselamatan yang lebih utuh bagi mengelakkan scam.
2) Tindak balas (Response & Recovery) – tindak balas pantas dari pihak berkuasa pelbagai jabatan dalam menjejaki scam dan memulangkan semula wang kepada mangsa.
3) Jaminan (Guarantee) – perkongsian liabiliti antara bank dan pendeposit supaya pihak bank tidak mencuci tangan dan pendeposit terpaksa tanggung kerugian sepenuhnya.
4) Hukuman (Penalty) – undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah laku.
Kita mesti kena perangi scam habis-habisan. Amat penting untuk keseluruhan rakyat dan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan lawan!
Sesiapa yang ada pengalaman kena scam, saya minta anda untuk terus kongsikan kisah anda, ataupun hantarkan cadangan-cadangan yang berkaitan untuk memerangi scam. Saya rekod pandangan yang dihantar kepada saya selama ini untuk diserah kepada pihak berwajib.
Saya akan terus lawan bermati-matian bagi menumpaskan sindiket-sindiket scam kewangan durjana. Ini soal wang simpanan rakyat, wang pesara, wang orang susah.
Jalan teruih! 💪
Sumber – FB Steven Sim Chee Keong