Timbalan Speaker, Azalina Othman nyatakan sokongan kepada presiden Umno

Timbalan Speaker, Azalina Othman nyatakan sokongan kepada presiden Umno

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO
KETUA UMNO BAHAGIAN PENGERANG

UMNO BAHAGIAN PENGERANG BERDIRI TEGUH BERSAMA YB PRESIDEN DAN PARTI UMNO

KUALA LUMPUR – Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Presiden UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan YAB Perdana Menteri.

2.​Keputusan ini sememangnya selaras dengan asas dan tujuan parti UMNO seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.

3.​‘Raja dan rakyat berpisah tiada’. Institusi Raja merupakan payung negara yang melindungi rakyat. UMNO Bahagian Pengerang konsisten dan menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi yang mengambil pendirian berpihak kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Ketua UMNO Bahagian Pengerang
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

3 OGOS 2021