Timbul desas-desus isu bergaduh dengan Sharnaaz, akhirnya Shuib tampil dedah cerita yang sebenar

Timbul desas-desus isu bergaduh dengan Sharnaaz, akhirnya Shuib tampil dedah cerita yang sebenar

Pelawak dan usahawan, Shuib tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad walaupun mereka kini bukan lagi rakan perniagaan.

Memetik laporan Kosmo, Shuib berkata berselisih faham dalam dunia perniagaan adalah perkara normal, namun ia tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan pelakon itu.

“Isu dengan Sharnaaz sudah selesai. Dia melepaskan pegangannya terhadap salah satu outlet Bubblebee. Dia mungkin terlalu sibuk dan jadualnya padat. Jadi, dia lepaskan pegangan outlet tersebut.

“Tidak ada isu tak puas hati. Berselisih faham dalam dunia perniagaan sangat normal. Tidak sama macam industri seni. Kami masih lepak dan main golf bersama.

“Dua-dua ada perniagaan dan faham dengan selok-belok industri ini. Kalau ada masalah, itu hal bisnes, bukan peribadi,” ujarnya.

Shuib juga berkata, dia cuba mengelak melakukan sebarang gimik secara keterlaluan sehingga lari daripada landasan agama, semata- mata demi meraih perhatian dan sokongan.

Jelasnya, gimik sememangnya perlu sebagai strategi awal pemasaran, namun dia cuba mengelak isu sensitif dan perkara berbangkit yang boleh menjatuhkan nama serta perniagaannya.

“Saya lebih suka gimik yang sederhana. Sekadar gimik awal untuk strategi pemasaran. Takut orang jelak, muak. Sedih bila kita tengok banyak gimik pemasaran yang keluar daripada landasan agama.

“Saya mahu strategi pemasaran sihat. Cuba elak daripada perkara yang tidak sepatutnya. Tidak payah buka baju seksi-seksi, tidak menyentuh elemen sensitif dan keterlaluan,” katanya.