Tindakan DD buat laporan polis bukan tindakan bijak, DD yang suka troll orang last-last DD yang koyak – Peguam

Tindakan DD buat laporan polis bukan tindakan bijak, DD yang suka troll orang last-last DD yang koyak – Peguam

 

TINDAKAN DD MEMBUAT LAPORAN POLIS (COVER REPOT) BUKANLAH SATU TINDAKAN YANG BIJAK.
DD YANG KONGSI MAKLUMAT PERIBADI DD, DD YANG SUKA TROLL ORANG LAST-LAST DD YANG KOYAK.
(PENDAPAT DARIPADA SEORANG NON-PARTISAN)

Saya salah seorang pengikut youtuber DD Chronicle. Banyak video parodi yang dimuatnaik oleh beliau yang mempunyai rakaman berbentuk troll pihak lain memang menghiburkan hati. Jujurnya saya terhibur. Tapi yang kene troll tu kalau jiwa tak kental memang akan koyak.

Apabila ada pihak yang menuduh beliau sebagai pendatang asing tanpa izin, saya menyangkakan DD sebagai seorang raja troll tidak akan mudah terkesan dengan dakwaan tersebut. Apatah lagi ianya tidak betul.

Dengan membuktikan beliau mempunyai IC biru yang sah dan tercatat dengan jelas DD seorang warganegara adalah sudah memadai. Selebihnya apa orang nak kata tidak lagi memberi kesan kepada DD dan biarlah mereka malu sendiri.

Seharusnya DD hanya perlu membuat penafian sahaja dan sebaiknya tidak perlu membesarkan perkara ini. Namun, apabila beliau membuat laporan polis sehingga memaklumkan kepada media bahawa beliau membawa sijil tadika beliau tahun 1986 kerana beliau tahu perkara ini akan terjadi. Nampak pula DD macam trying hard pula. Bak kata DD macam triggered dan mudah koyak

Sebenarnya DD tak perlu cerita tentang latar belakang DD yang mana ibu bapa IC merah dan DD lahir di sini. Tak perlu trying hard untuk buktikan awak warganegara Malaysia. Sijil tadika tahun 1986, UPSR, PMR dan SPM sebenarnya tidak membuktikan apa-apa dan tidak seharusnya disebut.

Saya ingin tahu juga tujuan apa DD membuat laporan polis. Sekali peguam DD kata buat laporan polis untuk cover repot. Soalan saya apa tujuan DD buat COVER REPOT? DD na cover dari tindakan undang-undang apa? Na kata ada pihak kongsi maklumat peribadi DD, DD sendiri yang kongsi maklumat peribadi DD sendiri di sosial media.

Apatah lagi, apabila DD kata DD okay dan DD tak malu pun dengan tuduhan yag dibuat oleh pihak luar, so apa lagi Tindakan undang-undang yang DD boleh buat? DD tak terkesan pun. So gantirugi apa yang DD ingin tuntut?

Sebaliknya, DD kata netizen yang triggered dan koyak. Tapi DD yang buat cover repot. DD yang bawa sijil tadika DD tahun 1986 untuk buktikan DD sesorang warganegara dan war-war kepada media di hadapan balai polis.

Saya tidak menyokong mana-mana parti tetapi saya rasa DD apabila buat laporan polis Nampak DD senang koyak dan tak boleh apabila orang cuit DD. DD troll orang takper. Orang cuit DD terus buat cover repot. Amboiii. Relax la DD. Mohon satu lagu boleh?

Mahmud Jumaat