Tindakan lelaki miang dedah maklumat pengasuh muda di Facebook undang kecaman netizen

Tindakan lelaki miang dedah maklumat pengasuh muda di Facebook undang kecaman netizen

 

Seorang lelaki dikecam teruk oleh netizen kerana tindakannya memuat naik beberapa gambar keping gambar serta maklumat pengasuh kanak-kanak di Facebook bagi tujuan tidak senonoh.

Tangkap layar dari Facebook (FB) memaparkan hantaran lelaki tersebut yang sedang mencari seorang pengasuh buat anaknya.

Namun hantaran itu disifatkan netizen seperti gangguan seksual terhadap pengasuh-pengasuh wanita di aplikasi berkenaan.

Sumber Gambar: Twitter @nadmasrom

Lelaki tersebut juga turut mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pengasuh wanita yang dihubunginya, namun hantaran itu mengundang komen-komen yang tidak senonoh.

Malah, terdapat sebahagian komen yang menggangap ia sebagai jenaka sahaja meskipun pada dasarnya ia sudah keterlaluan.

Menerusi ciapan di Twitter, seorang wanita yang mendedahkan hal tersebut telah mengecam kelakuan lelaki bergelar bapa itu.

Beliau juga menyelar tindakan beberapa warganet yang turut serta menjadikan perkara tersebut sebagai bahan jenaka untuk menggatal.

Rata-rata netizen juga mengecam tindakan lelaki itu yang bukan sahaja miang malah mendedahkan privasi pengasuh muda yang ditemui di dalam sebuah aplikasi.

Perkara ini turut dilihat sangat serius kerana boleh mendatangkan bahaya kepada para pengasuh tersebut.