Tindakan Mizz Nina bawa Musa bersiar-siar undang teguran agamawan terkenal

Tindakan Mizz Nina bawa Musa bersiar-siar undang teguran agamawan terkenal

Nampaknya masih ramai yang belum ‘move on’ daripada terus membincangkan kisah perceraian melibatkan pasangan artis popular, Mizz Nina dan Noh Saleh ini.

Rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut dengan berita tersebut memandangkan mereka berdua jarang terpalit dengan kisah kontroversi semenjak sah diijabkabulkan 11 tahun dahulu.

Perkongsian terbaru, Mizz Nina menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

Menerusi entri itu, Nina berkata hidup perlu diteruskan dan dia tidak mahu membiarkan emosinya terganggu atau terbawa-bawa dengan perasaan sedih. Dalam perkongsian itu, Nina turut berkongsikan gambarnya sedang mengendong anak angkatnya, Musa.

“Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini, teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan.

“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan ujian-Nya buat kita. Malah, saya juga tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan sedih ketika tempoh ini.

“Itu yang saya risaukan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan doa ini adalah yang terbaik buat semua yang memerlukan,” luahnya.

Namun timbul pula cakap-cakap yang tidak sedap dengan tindakannya itu. Ia disuarakan oleh seorang agamawan terkenal negara dalam bidang fiqh, Ustaz Fauwaz Fadzil.

Menerusi hantaran di FB miliknya, ustaz Fauwaz menegur tindakan Mizz Nina yang membawa Musa bersiar-siar keluar daripada kediamannya ketika masih dalam tempoh iddah.

Tulisnya…

Kena tengok juga tempoh iddah rujuk ni. Perlu duduk dirumah dan tidak keluar melainkan keperluan asasi atau setara denganya. Sebagai wanita wanita Islam dalam tempoh iddah perlu juga mengetahui batas batas dan hukum iddah dan ihdad.
Mudahan Allah fahamkan kita urusan agamanya

Teguran tersebut dikaitkan dengam situasi terkini diri Mizz Nina seperti yang digambarkan melalui perkongsian portal berita yang melaporkan kisah artis tersebut.

Sementara itu, peminat mengharapkan Mizz Nina dapat mengambil kira pandangan yang diutarakan agamawan tersebut pada masa akan datang.