Tindakan Sanusi tayang kertas undi satu kesalahan – Bekas Pengerusi SPR

Tindakan Sanusi tayang kertas undi satu kesalahan – Bekas Pengerusi SPR

 

Menayangkan kertas undi kepada umum adalah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengikut Perkara (39) dan boleh dihukum penjara atau denda sehingga RM3,000.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana di pusat pengundian ada dipamerkan mengenai syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pengundi.

“Kalau tengok dekat tempat mengundi memang sudah ada sebut supaya kertas undi tu kena lipat betul-betul malah pegawai di dalam bilik berkenaan pun tidak boleh kita tunjuk kertas berkenaan.

“Kecuali kita adalah pegawai yang ditugaskan untuk membantu seseorang individu untuk mengundi, namun ia juga ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Malah dalam ahli keluarga, pasangan suami isteri pun tidak boleh diberitahu kita undi siapa.