Tindakan suami teman isteri jerit untuk lepaskan stress undang sebak

Tindakan suami teman isteri jerit untuk lepaskan stress undang sebak

 

Hubungan suami isteri sudah tentu akan ada pasang surutnya

Namun, dalam sesuatu hubungan itu, pasangan akan saling bergantung dengan satu sama lain untuk mengharungi setiap cabaran dan ujian.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan suami isteri dilihat melepaskan stres mereka di Jerai Sky View mencuri tumpuan.

@__shaaaaa7

Definisi menikah bersama orang yang tepat 😭🤍 luahan jeritan yang membawa maksud tertentu 🥹 #fypシ #fyp #jeraihillresort #gunungjerai #jeraiskyview

♬ original sound – shaaaa – shaaaa

Dapat dilihat sepasang suami isteri warga emas sedang bersiar-siar di Jerai Sky View, Puncak Gunung Jerai, Kedah. Lelaki itu bertanya kepada isterinya di mana beliau ingin jerit.

Isterinya pula menjawab beliau ingin menjerit di hujung tempat itu untuk melepaskan tekanan.

Apa yang lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan lelaki itu yang mengiyakan saja kehendak isterinya, menurut Seismik.

Beliau juga dilihat sangat menyokong, dengan menjerit sekali bersama isterinya. Tambahan pula, lelaki tersebut dilihat memberikan tepukan kepada isterinya yang berani menjerit itu.

Selepas kejadian itu, wanita berkenaan terus memeluk suaminya kerana dilihat berasa sebak.

Video itu yang kini meraih sehingga 1.1 juta tontonan, 154 ribu tanda suka dan hampir 4 ribu komen di TikTok, rata-rata mengundang rasa terharu dan sebak dalam kalangan netizen.