Tinggal sejam masa berkempen, calon Pas Dun Duyong terbukti menipu sijil akademik
Calon Pas Dun Duyong, Kamarudin Sidek kelihatan masih gagal menunaikan janjinya untuk membuktikan bahawa dirinya tidak menipu kelulusan pendidikan seperti didakwa netizen baru-baru ini, sekalipun baki masa untuk dia berbuat demikian hanya tinggal kurang dari sejam.
Pesuruhjaya Pas Melaka yang juga merupakan bekas Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka selepas bersama-sama menyertai rampasan kuasa menjatuhkan kerajaan PH tahun lepas dilihat terus berdalih bagi mengelakkan soalan mengenai kelulusannya terus diperso pihak media.
Ini termasuk kenyataannya untuk mendapatkan nasihat peguam sebelum mengambil tindakan selanjutnya, termasuk kemungkinan menyaman pihak yang terlibat membangkitkannya.
“Saya sudah pun merujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya. Isu ini bukan baharu, sejak 2018 lagi saya diserang secara peribadi begini, katanya seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette.
“Dulu, saya berdiam sahaja tapi tidak lagi sekarang kerana ia sudah keterlaluan,” katanya dalam program Melaka Memilih malam tadi.
“Buat masa sekarang, peguam sedang mengumpul semua bukti dan mencari pemfitnah dan penyebar untuk tindakan. Saya tidak gentar kerana tahu siapa pelakunya.
“Dia dulu adalah ahli UMNO kemudian dibuang dan kini bersama Pakatan Harapan,” ujarnya.
Kamarudin juga menuntut agar si pelaku membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Itu sebaik-baiknya kerana si pelaku ini pernah disaman oleh UMNO pada tahun 2017 yang akhirnya membuat permohonan maaf kerana memfitnah.
“Saya mahu dia buat perkara sama,” katanya lagi.
Ditanya mengenai sijil akademik, Kamarudin akan menunjukkannya dalam masa terdekat.
“Sudah pasti akan saya tunjuk sebelum 20 November ini. Ini hal remeh yang hanya diperbesarkan dengan niat mahu menjatuhkan saya.
“Orang itu silap, kerana saya bukan sebegitu,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam temu bual lain, Kamarudin ketika ditanya mengenai pendirian Pas terhadap calon Ketua Menteri Melaka adalah Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Kamarudin berkata, ia bukan masalah besar buat PN.
“Sebagai parti gabungan, misi utama adalah untuk menang dahulu. Sebenarnya bukan hanya nama Wanita sebagai calon ketua menteri malah nama seperti Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin juga ada disebut.
“Saya dengar, nama saya pun ada juga tapi tunggulah dulu. Bagi menang dulu untuk semua calon PN, baru kita putuskan siapa yang kan jadi ketua menteri,” katany