Tips masak bubur nasi yang betul, 15 minit sahaja dah siap
Bubur Nasi merupakan antara hidangan yang sangat sesuai untuk dinikmati oleh pesakit kerana Bubur Nasi mudah ditelan dan mudah hadam.
Orang yang sihat walafiat pun memang ramai kan yang suka Bubur Nasi ini?
Tetapi nak membuatnya kadangkala ambil masa. Waktu yang diambil untuk beras tu menjadi bubur memang agak lama.
Tetapi rupa-rupanya ada tips mudah dan cepat untuk masak Bubur Nasi ini. Bukan sahaja cepat malah Bubur Nasi ini akan kelihatan cantik.
Tips ini dikongsi oleh Ummi Dayyan di laman Facebook. Jom kita ikuti tips perkongsiannya.
Tips Masak Bubur Nasi Dengan Cepat Dan Cantik Berseri, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap!
- Masukkan beras yang siap dibasuh ke dalam bekas.
- Isikan air menutupi beras tadi dan simpan dalam freezer.
- Bila nak masak keluarkan beras yang jadi beku tu.
- Kemudian tambahkan sedikit air dan masak macam biasa.
- Bubur nasi siap.
Selamat mencuba!