Tips mudah supaya gambar tak pecah di WhatsApp!
Sekiranya topik berkaitan ‘hantar gambar’ pastinya ramai yang memilih untuk menggunakan aplikasi selain WhatsApp untuk menghantarnya.
Segelintir daripada kita ada juga yang memilih untuk menggunakan alternatif AirDrop kerana kualiti gambarnya lebih baik, namun platform tersebut hanya boleh digunakan oleh pengguna Apple sahaja.
Bagi pengguna Android, mereka lebih selesa jika gambar itu dihantar menerusi Telegram kerana ia tidak mengurangkan kualiti dan resolusinya.
Tetapi sebenarnya, kalau nak tahu sekarang tidak kisah jika anda menggunakan jenama Apple atau Android, gambar boleh dihantar menerusi satu aplikasi sahaja.
Aplikasi tersebut ialah WhatsApp. Betul, anda boleh menghantarkan menggunakan WhatsApp tanpa menjejaskan kualiti gambar dengan menggunakan tips yang diberikan.
Biasanya kita dengar, kalau hantar guna WhatsApp gambar akan pecah kan? Tetapi ia tidak akan pecah sekiranya anda menggunakan tips yang dikongsi ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @af7echofficial, dia mengajar dan berkongsi tips bagaimana nak hantar gambar tanpa menjejaskan kualiti menerusi WhatsApp.
Perkara ini memudahkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga ibu bapa dan rakan-rakan kerana tidak perlu menggunakan aplikasi lain untuk menghantar gambar.
Mari ikuti cara-cara tersebut di bawah ini.
Cara hantar gambar guna WhatsApp (iPhone)
Yang pertama, pergi ke bahagian ‘Photos’ dan pilih gambar yang ingin dihantar.
Kemudian pilih bahagian ‘Share’ dan ‘Save to files’ gambar tersebut.
Seterusnya, buka aplikasi WhatsApp dan pilih ‘Chat’ seseorang yang anda ingin berkongsi gambar.
Pada bahagian ‘Chat’ tekan simbol tambah ‘+’ dan pilih ‘document’.
Dokumen tersebut akan memaparkan gambar yang anda telah simpan, jadi pilihlah gambar yang ingin dihantar.
Tekan butang ‘Send’ dan siap!
Sekiranya anda mengikuti cara ini, resolusi gambar pasti tidak akan berkurang dan gambar yang diterima tidak akan pecah.
Selepas ini, tidak perlu lagi untuk menggunakan aplikasi selain WhatsApp untuk menghantar gambar.
Hanya lakukan beberapa langkah ringkas, gambar boleh dihantar tanpa menjejaskan kualiti.
Selamat mencuba!