TMJ dan Syed Saddiq, tokoh anak muda kebanggaan bangsa Johor

TMJ dan Syed Saddiq, tokoh anak muda kebanggaan bangsa Johor

Cerita Pakcik Hashim.

Semalam jam 4 petang, apabila saya sendiri tengok dan naik rumah Pakcik Hashim, memang sedih. Rumah Pakcik Hashim sudah tidak boleh lagi didiami dengan selamat.

Atap hilang separuh, lantai banyak lubang dan dimamah anai-anai. Sebab itu saya bawa Pakcik Hashim tinggal sementara di rumah saya di Parit Unas.

Tapi syukur pada belah malam, Pakcik Hashim telah mendapat tempat di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas. Saya sendiri pergi hantar dari Pejabat Parlimen Muar ke pusat jagaan. Berbeza dengan rumah saya, di pusat jagaan ini makan minum Pakcik Hashim memang akan terjaga.

Pengusaha semua rajin dan baik. Kalau nak mandi, boleh mandi. Nak makan, ada makan. Nak tidur rehat, boleh tidur di sini.

Sekarang kami sedang berurusan dengan pihak JKM, KPLB dan MAINJ. Kita nak selaraskan bantuan supaya betul-betul sampai ke tangan Pakcik Hashim dan berusaha untuk bina rumah baru kepada Pakcik Hashim.

Banyak prosedur tapi inilah yang kita kena uruskan segera. Tadi pun pegawai KPLB akan buat site visit ke rumah Pakcik Hashim bersama team Parlimen Muar.

Buat masa ini, saya bantu cover kos pusat jagaan sebanyak RM1,200. Kalau ada yang ingin berkongsi rezeki dan membantu, boleh bantu sumbang wang ke akaun Pejabat Parlimen Muar.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar
CIMB Bank: 8603323060
Rujukan: Pakcik Hashim

Saya dan team Parlimen Muar juga sedang berhubung dengan individu yang mahu bantu bina rumah, sediakan kelengkapan kepada Pakcik Hashim dan beri kehidupan yang lebih sejahtera kepada Pakcik Hashim.