Tok Ketua buat hal, goda & ‘berskandal’ dengan isteri orang

Tok Ketua buat hal, goda & ‘berskandal’ dengan isteri orang

 

Ketua kampung didakwa menggoda dan menjalinkan hubungan sulit bersama seorang wanita di kampungnya sendiri.

Isteri mengaku

Seorang suami mendakwa bahawa isterinya curang dan telah melakukan hubungan intim bersama ketua kampungnya di Kampung Silau Dunia, Sergai, Indonesia.

Menurut laporan kes tersebut, hubungan sulit isterinya dengan ketua kampung yang tidak bertanggungjawab itu didakwa adalah berdasarkan pengakuan isterinya sendiri.

Pada awalnya dia mula mengesyaki tingkah laku isterinya yang selalu menangis dan kelihatan muram. Bagaimanapun isterinya yang diselubungi rasa bersalah, kemudian mengakui perkara sebenar dan menceritakan tentang hubungannya bersama ketua kampung itu.

Daripada keterangan isterinya, dia memberitahu bahawa sudah tiga kali mereka ke hotel untuk melakukan hubungan seksual.

Dari pengakuan isteri saya, sudah tiga kali. Sekali ketika dia berada di rumah keluarga di Indrapura dan dia segera bertemu isteri saya di sana. Kemudian ada juga hotel di Tebingtinggi Syah Bandar Sergai.

Hubungan sulit itu bermula apabila ketua kampung tersebut telah terpikat dengan kecantikan wanita itu selepas bertemu dengannya. Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa sering mengirim salam kepada wanita tersebut dan meminta nombor telefon bimbitnya melalui seorang rakan.

Sebab kami sekampung dan dia ketua kampung. Jadi sekali sekala dia kirim salam dekat isteri saya. Selepas tu entah macam mana dia dan isteri saya berhubungan. Bermula dari situ dia mula memikat dan bertemu isteri saya.

Bagaimanapun si suami tidak mengetahui kejadian itu kerana sering meninggalkan isterinya berikutan tuntutan kerja.

Dari pengakuan isteri saya, dia tergoda dan dijemput oleh ketua kampung kami. Dia curang dan dia telah menyesal dengan perbuatannya.

Susulan itu, dia kemudian melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Serdang Bedagai. Dia berharap laporannya disiasat mengikut undang-undang.

Dalam pada itu, masalah ini turut dibincangkan bersama keluarga dan beberapa wakil masyarakat. Namun, ketua kampung tersebut menafikan dakwaan berkenaan.