Tok Mat akhirnya dedah ‘The Untold Story’ di sebalik penubuhan kerajaan perpaduan selepas tergantung tiada kerajaan selama 3 hari

Tok Mat akhirnya dedah ‘The Untold Story’ di sebalik penubuhan kerajaan perpaduan selepas tergantung tiada kerajaan selama 3 hari

 

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah dua parti yang menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan negara ketika itu tergantung selama tiga hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita selamatkan keadaan. Kami BN dan PH selamatkan negara. BN 30 kerusi, PH 80 kerusi. Ini adalah tindakan yang kita lakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Alhamdulillah, cukup kerusi untuk kita bentuk sebuah kerajaan, yang mana hari ini dipanggil Kerajaan Perpaduan,” kata Mohamad dalam ceramahnya pada program Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, di sini.

Dalam pada itu, beliau yang juga calon BN bagi kerusi DUN Rantau menasihatkan orang ramai agar jangan mempercayai dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam bawah Kerajaan Perpaduan.

Hadir sama, calon N.25 Paroi daripada parti Pakatan Harapan, Norwani Ahmat.