Tokoh pemikir Islam terkemuka tanah air meninggal dunia

Tokoh pemikir Islam terkemuka tanah air meninggal dunia

Tokoh pemikir Islam yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Pemergian beliau dimaklumkan oleh anaknya sendiri dan ia dikatakan akibat komplikasi daripada prosedur pembedahan.

Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islm Bandar Baru Bangi.

Allahyarham Mohd Kamal diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 hingga 2006 selain turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai), sebuah lembaga ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Beliau dinobat sebagai Profesor Ulung atas sumbangan bakti beliau dalam dunia akademik.

Ketokohan beliau turut diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa dan menjadi tokoh ilmuan yang cukup disegani.

Allahyarham juga merupakan penulis buku Korupsi Dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral-Etika.