Tolak gaji ada pencen demi gaji 3 kali ganda, wanita selesa jadi bodyguard & tak menyesal berhenti PDRM

Tolak gaji ada pencen demi gaji 3 kali ganda, wanita selesa jadi bodyguard & tak menyesal berhenti PDRM

Di saat terlampau ramai percaya kerja ‘gomen’ akan menjamin kehidupan masa tua, manusia terkadang lupa bahawa segala rezeki terletak di tangan Allah. Memilih untuk bertukar haluan kerjaya lain tidak semestinya satu keputusan salah, boleh jadi seseorang itu akan mendapat nikmat lebih besar.

Terkadang rasa rindu…Alhamdulillah, rezeki di mana-mana

Itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan kisah hidup seorang wanita berusia 35 tahun bernama Ameyza Yaacob. Percaya atau tidak, pada 2014 dia telah direkrut untuk menganggotai Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia yang berperanan menjaga orang-orang penting dalam Malaysia.

Pasal pencen saya dah hadap sejak resign sampai sekarang

Tapi sekarang, dia menukar angin kepada kerjaya sebagai pengawal peribadi seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk. Meskipun sudah 2 tahun meletakkan jawatan sebagai anggota PDRM, Amiey akui langsung tidak menyesal apalagi gaji kerja sekarang 3 kali lebih lumayan berbanding dahulu. Pokoknya, dia sangat bersyukur kerana dapat memberikan macam-macam kepada keluarganya.

Tiada Pencen Tapi Gaji 3X Ganda, Pengawal Peribadi Tak Menyesal Berhenti PDRM

@amiey_daisya

Replying to @mantappakabu08 Nope.. sy x pernah menyesal dgn keputusan saya.. 😊

♬ original sound – Amiey_yaacob – Amiey_yaacob

Dalam sektor awam bukan senang-senang boleh buang kerja kecuali kesalahan berat

Tenang menafikan tuduhan dibuang kerja sebagai polis, Amiey berkata sebenarnya orang terdekat sendiri sudah tahu perkara sebenar. Andai benar dipecat, tidak mungkin dia mampu peroleh peluang kerja seperti sekarang memandangkan rekod sudah buruk.

@amiey_daisya

Replying to @Walnut Carrot Alhamdulillah.. rezeki aku kena buang boleh dpt gaji besar.. 🤪

♬ original sound – Amiey_yaacob – Amiey_yaacob