Tolak kerjasama Bersatu-UMNO, Peja anggap hanya suara pemimpin terpinggir
Penolakan Umno untuk bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak lebih daripada pandangan peribadi beberapa pemimpin parti tersebut.
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, partinya sentiasa membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, selagi tidak merosakkan agama, bangsa dan tanah air.
“Setakat hari ini, saya menganggotai barisan Jemaah Menteri yang dipimpin oleh seorang dari Umno. Kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan yang kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.
“Kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin ada satu dua orang yang tak mahu,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Hari Sukan Negara peringkat daerah Alor Gajah, hari ini.
Rabu lepas, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.
Sumber – FMT