“Tolong saya gais!” – Anak tertumpah pengilat kuku, Tomok terpaksa bayar ganti rugi RM5K

“Tolong saya gais!” – Anak tertumpah pengilat kuku, Tomok terpaksa bayar ganti rugi RM5K

 

Meskipun baru masuk minggu ke-2 Ramadan, ramai sudah bertandang ke shopping mall untuk beli pelbagai barang sempena promosi jualan raya.

Tapi kadang-kadang malang tidak berbau, apabila tindakan anak-anak gagal dikawal sewaktu ibu bapa atau penjaga sibuk membeli-belah.

Tak boleh keluar dari kedai butik…anak tertumpah pengilat kuku pada baju & seluar

Demikianlah juga dugaan yang menimpa penyanyi, Tomok sewaktu isterinya masuk ke sebuah butik berjenama di KL untuk membeli seluar malam tadi.

Namun sayangnya dia tidak dibenarkan keluar dari premis tersebut, apabila anaknya tak sengaja tumpahkan pengilat kuku pada beberapa helai baju dan seluar dijual di sana.

Saya nak jual balik sebab ia terlalu besar & bukan saiz saya

Akui kesilapan dari pihaknya, Tomok kemudiannya pasrah membayar nilai ganti rugi berjumlah RM5,593 selepas diskaun ditawarkan oleh pihak butik.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan New Boyz ini berharap ada pihak yang sudi beli semua pakaian yang rosak tersebut susulan tidak muat saiznya.

Tahniah Tomok sebab bersikap tenang…moga Allah limpahkan lagi rezeki buat ayah yang hebat

Menjengah ke ruangan komen, isterinya Rahayu Abas turut memohon maaf kepada pihak butik atas kejadian tak diingini tersebut.

Bukan sahaja berharap urusan keluarganya dipermudahkan, rakan artis dan netizen turut puji reaksi tenang Tomok sewaktu berdepan ujian tersebut.