Top Glove mungkin dipaksa pindah operasi ke luar Malaysia

Top Glove mungkin dipaksa pindah operasi ke luar Malaysia

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) merampas 3.97 juta sarung tangan getah nitril bernilai RM2.13 juta (AS$518,000) yang dihantar oleh anak syarikat Top Glove Corp Bhd.

CBP AS sebelum ini mengarahkan pegawainya di semua pelabuhan masuk negara itu menahan produk sarung tangan pakai buang yang dihasilkan Top Glove.

Ia susulan daripada dakwaan CBP AS produk tertentu oleh Top Glove dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa dan diimport, atau akan, diimport ke AS.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, jabatan itu mendakwa produk sarung tangan pakai buang itu disita setelah pemeriksaan oleh pegawai CBP mendedahkan bahawa ia dihasilkan di Malaysia oleh anak syarikat Top Glove.

“Penyitaan ini adalah isyarat CBP AS tidak akan bertolak ansur dengan produk import yang dihasilkan oleh buruh paksa dan mengancam ekonomi.

“CBP terus memastikan pengimportan alat pelindung diri (PPE) yang sah dan diperlukan untuk pandemik COVID-19 disamping memastikan bahawa PPE dibenarkan dan selamat digunakan,” katanya.

CBP AS sebelum ini menyatakan penemuan itu terpakai bagi mana-mana barang dagangan yang dijelaskan dalam Seksyen II kenyataan ini, yang diimport pada atau selepas 29 Mac 2021.

Ia juga terpakai bagi barang dagangan yang telah diimport dan yang tidak dilepaskan daripada tahanan CBP sebelum 29 Mac 2021.

CBP AS berkata, memetik Seksyen 307 Akta Tarif 1930, barang, barang-barang jualan, artikel, dan barang dagangan yang dilombong, dihasilkan, atau dibuat sepenuh atau sebahagiannya di mana-mana negara asing oleh pekerja bersalah dan/atau buruh paksa di bawah sekatan penal tidak berhak untuk memasuki mana-mana pelabuhan AS, dan pengimportannya adalah dilarang.

Pada tahun lalu, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berkata pihaknya berusaha menyelesaikan masalah itu.

Top Glove juga telah melantik pihak perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan yang dilaksanakannya bagi mengeluarkan kewujudan petunjuk buruh paksa daripada amalannya dan setakat Januari, perunding tersebut tidak menemui buruh paksa sistemik dalam Top Glove.

April lalu, Top Glove seklai menjelaskan bahawa tiada isu tambahan baharu berkaitan buruh paksa ditemukan atau ditambah.

Ia meskipun beberapa ratifikasi dan pengesahan diperlukan dalam dapatan sebelum ini berhubung penemuan CBP itu.

Menurut pembuat sarung tangan itu, pihaknya akan terus memberi kerjasama secara aktif kepada CBP AS untuk menangani dan memperbetul sepenuhnya isu yang dikenal pasti itu dengan serta-merta atau segera. – BH