Tragedi!!! Akhirnya disahkan kesemua 53 anak kapal Nanggala 402 disahkan meninggal dunia

Tragedi!!! Akhirnya disahkan kesemua 53 anak kapal Nanggala 402 disahkan meninggal dunia

Kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 disahkan telah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

“KRI Rigel telah melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci di lokasi tersebut menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci.

“MV Ship Rescue juga telah menurunkan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk memperkukuh visual bawah air menggunakan kamera,” katanya dalam sidang media pada Ahad petang.

Antara yang ditemui kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman yang terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain.

Jelas Hadi, penemuan serpihan itu mengukuhkan lagi nahas yang menimpa kapal selam itu.

“Berdasarkan bukti-bukti kukuh tersebut, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala-402 telah tenggelam dan seluruh anak kapalnya telah gugur,” katanya. – AA