Tragedi!!! Helikopter terhempas, 5 selamat

Tragedi!!! Helikopter terhempas, 5 selamat

Sebuah helikopter terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

“Sampai di lokasi didapati sebuah helikopter jenis Airbus H125 telah terhempas.

“Terdapat lima mangsa warga tempatan dan dilaporkan mengalami kecederaan, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang mengalami kecederaan ringan di kaki.

Bagaimanapun katanya, tiga lagi mangsa tidak mengalami kecederaan. – SH