Tragedi tanah runtuh Ampang, 4 mangsa maut sehingga kini

Tragedi tanah runtuh Ampang, 4 mangsa maut sehingga kini

Mangsa keempat dan kelima tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini ditemukan meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai empat orang manakala hanya seorang warga emas dalam lingkungan 80-an yang merupakan penduduk di sini terselamat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa keempat A Mahendran, 37, ditemui di hadapan unit rumah bernombor sembilan di sini sekitar jam 11 malam.

“Mangsa kelima seorang lelaki tempatan merupakan penghuni rumah bernombor tiga ditemui di hadapan rumah.

“Lelaki itu ditemui pada jam 1.55 pagi dan pemeriksaan dibuat pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di lokasi operasi di sini, awal pagi Jumaat.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ menggunakan unit anjing pengesan (K9) untuk memastikan tiada lagi mangsa yang tertimbus.

“Selesailah tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR) ini dan kerja-kerja flushing menggunakan K9 akan dijalankan.

“Sekiranya tiada apa-apa perkembangan terbaru terhadap mangsa, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan jalankan tugas pembersihan,” katanya.