Tragis!!! Maut sehari sebelum bernikah, doktor ditemui mati terkena renjatan elektrik

Tragis!!! Maut sehari sebelum bernikah, doktor ditemui mati terkena renjatan elektrik

HAJAT seorang doktor untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian selepas maut terkena renjatan elektrik, sehari sebelum hari majlis perkahwinannnya.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa, Dr Denis Ricardo Faria Gurgel, 31, sedang bergambar bersama tunangnya.

Ketika kejadian yang berlaku di Cariri do Tocantins itu, Gurgel terkena renjatan selepas berlaku aliran elektrik berkapasiti tinggi pada batang pancing yang sedang dipegangnya untuk sesi fotografi.

Pasukan penyelamat dan ambulan dikejarkan ke lokasi kejadian namun sejurus tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Gurgel berkhidmat di Jabatan Kesihatan Bandaraya Gurupi dan turut bertugas di Dewan Bandaraya Lagoa da Confusao.

“Dia seorang yang ringan tulang dan sentiasa bersikap sopan. Denis sangat disayangi rakan sekerjanya dan juga pesakit.

“Kehilangannya mengejutkan ramai orang dan berita ini adalah satu kehilangan besar,” kata pihak Dewan Bandaraya Gurupi.

Dewan Bandaraya Lagoa da Confusao pula berkata: “Pihak kami bersimpati dengan ahli keluarga mangsa.”

Sumbet – MStar