Tragis!!! Pembantu perubatan (MA) ditemui mati seorang diri di rumah
Seorang pembantu perubatan (MA) ditemui mati seorang diri di dalam rumah di Taman Nusa Intan di sini hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, polis tiba di rumah itu pukul 12 tengah hari selepas menerima laporan daripada rakan lelaki tersebut.
Katanya, mangsa, P. Aravonthan, 30 disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan. Setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau memberitahu, mayat lelaki berkenaan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang mangsa, P. Kaviyarasan, 32, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menghubungi adiknya pada Rabu lalu untuk bertanya khabar.
“Masa saya hubungi dia okay sahaja dan tiada menunjukkan sebarang masalah atau sakit,” katanya.
Sumber – K!Online