Tragis!!! Sikap ayah tinggalkan anak di rumah bersendirian undang bencana

Tragis!!! Sikap ayah tinggalkan anak di rumah bersendirian undang bencana

Seorang bapa dikejutkan dengan kematian anaknya berumur 4 tahun yang ditinggalkan bersendirian dirumahnya bagi membeli barangan keperluan.

Menurut laporan MalaysiaGazette, si bapa menemui anak perempuannya dalam keadaan tidak bernyawa di tingkat lapan kondominium tersebut. Kanak-kanak itu disyaki terjatuh dari tingkat 29 rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya yang menerima maklumat daripada Mers 999 mengenai insiden itu pada jam 2.41 petang tadimengerahkan pasukan dari balai polis Jinjang ke ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci kerana telah keluar untuk membeli barang.

“Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, mendapati anaknya telah tiada sebelum dia telah meminta bantuan dari pihak pengurusan kondiminium berkenaan untuk mencari mangsa (anaknya),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat 8 dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut Eng Lai, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik tersebut.

“Bapa mangsa mengesyaki anaknya telah terjatuh dari tingkap rumah mereka yang mana tingkap di dalam bilik tersebut juga tidak mempunyai jeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden ini.

“Pihak Pengurusan telah menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai paramedik yang berada di tempat kejadian, ujarnya,

Eng Lai berkata, mayat mangsa dirujuk ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206.