Trend Umrah yang merisaukan, jemaah lebih kejarkan konten, “Selfie sana sini, berlakon kucup Kaabah”

Trend Umrah yang merisaukan, jemaah lebih kejarkan konten, “Selfie sana sini, berlakon kucup Kaabah”

 

Setiap orang Islam sudah pasti mempunyai impian untuk menziarahi Tanah Suci, Makkah satu hari nanti meskipun perlu bekerja keras mengumpul simpanan.

Sesudah tiba di sana, bermulalah satu fasa untuk berebut-rebut melakukan amal ibadat dengan niat mendapatkan keberkatan daripada Allah.

La ni pergi sana macam takde apa dah, balik lagu tu jugak..Artis pi sana sekadar content

Akan tetapi baru-baru ini, Ustaz Kamilin Jamilin sempat menyuarakan keresahan tentang sebuah trend umrah yang agak merisaukan.

Adakah anda perasan sejak akhir-akhir ini, ramai figura terkenal suka memuat naik content saat mereka berada di sana?

Bukan sekali dua, bahkan segala aktiviti akan mereka pamerkan di media sosial seolah-olah kemanisan beribadat itu endiri sudah tidak dirasai.

Trend Umrah Merisaukan, Jemaah Lebih Kejarkan Content & Berlakon Kucup Kaabah

Selfie sana sini, berlakon kucup Kaabah, berlakon solat bagai

Makkah seharusnya menjadi medan untuk menuai rasa keinsafan dalam diri manusia, bukannya tempat untuk berlakon melakukan ibadat di hadapan lensa kamera demi secebis populariti.

Lebih menyedihkan, ada juga yang mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosikan produk mereka di hadapan Kaabah.

Bayangkan tempat yang seharusnya membuat manusia kagum dengan keagungan Allah malah ‘diketepikan’ oleh benda-benda duniawi.

@drkamilinjamilin

Trend “Umrah” Sekarang Yang Merisaukan! 🕋 #Muhasabah

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Akhirnya ada juga pakar yang suarakan benda ni…Dah macam trend melancong

Sejak dikongsikan semalam, video teguran Ustaz Kamilin itu sudah ditonton lebih 1.5 juta kali oleh pengguna TikTok.

Ramai menganggap nasihat itu juga merupakan satu peringatan kepada diri mereka semoga tidak dilakukan jika ada rezeki umrah 1 hari nanti.

Trend Umrah Merisaukan, Jemaah Lebih Kejarkan Content & Berlakon Kucup Kaabah

Dalam pada itu, memang ramai menyedari betapa berbezanya cara orang sekarang saat berada di Makkah iaitu lebih kepada hendak berseronok berbanding merasai kemanisan rasa insaf dalam jiwa.

Trend Umrah Merisaukan, Jemaah Lebih Kejarkan Content & Berlakon Kucup Kaabah