Tuan Ibrahim dakwa kabinet telah setuju meluluskan RUU 355

Tuan Ibrahim dakwa kabinet telah setuju meluluskan RUU 355

Polemik berkaitan perlaksanaan RUU 355 dijangka berakhir dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan anggota kabinet kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail Sabri.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man
seperti dikongsikan ADUN Pas Jengka, Pahang di dalam satu hantaran melalui FB miliknya beberapa minggu lepas.

Dia yang merupakan YDP Parlimen Kuala Krau itu sempat berkongsikan beberapa isi penting daripada kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden Pas itu di Masjid Lama Rantau Perintis, Bandar Tun Razak di dalam DUN Jengka antara lain memetik persetujuan kabinet meluluskan RUU 355.

Gambar – Astro Awani

Namun sehingga kini, isu melibatkan RUU 355 dikatakan masih tiada kata putus yang jelas, di mana bantahan kuat daripada komponen kerajaan melalui parti MCA dan Gerakan kekal menebal seperti sebelum ini.

Bahkan, Presiden Pas sendiri dilihat seakan tidak lagi ghairah membangkitkan isu RUU 355 kebelakangan ini dalam siri ucapannya selepas dilantik menjadi anggota kerajaan.

Gambar – Astro Awani

Pas sebelum ini diketahui menunggang hebat isu ini dalam misi meraih sokongan Melayu Islam bagi menggugat kerajaan PH yang berjaya merampas kerajaan dari tangan BN selepas memenangi PRU-14 lepas dengan bergaya.

Gambar – Astro Awani

Mereka juga,dengan bantuan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib ketika itu diberi laluan mengadakan himpunan RUU 355 di Padang Merbok pada Februari 2017 seterusnya membibitkan detik ‘hubungan gelap’ antara kedua-dua parti terbesar Melayu Islam itu untuk berkerjasama menumbangkan PH menerusi siri pengkhianatan terkeji ‘Langkah Sheraton’.

Malah ramai beranggapan isu ini terpaksa dihidupkan kembali demi mengekalkan momentum sokongan ahli dan simpatisan Pas menjelang PRU-15 akan datang.