Tuan rumah tak selesa, anak saudara kerap terjah untuk makan free

Adab melayan tetamu itu sesuatu yang sangat penting dalam masyarakat kita, namun jika tetamu itu sudah mula ‘naik kepala’, lain pula ceritanya. Menjadi tetamu, kita seharusnya tidak membebankan tuan rumah dan tidak mengganggu mereka.
Baru-baru ini, sebuah tweet menerusi akaun @ConfessTweetMY mendapat perhatian netizen, ia memaparkan luahan seorang tuan rumah apabila tetamu yang dilayannya itu semakin tunjuk belang.
Menurut perkongsian itu, tetamu itu merupakan anak saudara kepada ibunya, pada awalnya, ibunya itu tidak keberatan dalam melayani anak saudaranya itu namun keadaan bertambah keruh apabila anak saudaranya itu seperti mengambil kesempatan terhadap ibunya.
“My mom tak kisah pun dia nak datang rumah sekerap mana, terjadinya masalah bila this person sentiasa datang rumah dalam keadaan semua benda tak cukup.
Setiap kali datang, both him and his wife sendiri memang kata dorang lapar nak makan siap tanya ada makanan tak? If just one time my mom tak kisah but setiap kali datang setiap kali tulah my mom kena sediakan,” luahnya.
Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri itu turut mempunyai seorang anak dan setiap kali mereka datang ke rumah, segala barang keperluan bayi itu pun tidak dibawa.
Sebaliknya, ibunya itu terpaksa membelikan lampin pakai buang serta barangan untuk mandikan bayi tersebut.
“Currently, my mom dia rasa tak selesa sebab sentiasa macam tu. Kadang-kdang kita dah bagi hint pun dia buat tak tahu.
I also tak selesa dengan both person sebab suka main terjah rumah,” luahnya lagi.
Perkara itu menyebabkan pengadu bersimpati terhadap ibunya yang terpaksa melayan kerenah pasangan suami isteri tersebut.
“Sesekali datang ok la…”
Luahan pengadu ini menarik perhatian netizen, ramai yang merasakan suami isteri itu perlu diajar kerana kedua-dua mereka kelihatan seperti tidak bertimabng rasa, ada juga yang memberikan tips untuk menepis permasalahan ini.
Huish, berat ni. Korang pernah alami tak benda macam ni?
Anak saudara mak suka datang rumah sebab nak MAKAN FREE.
Sampai barang mandi & pampers anak diorang pun mintak mak sediakan 😒 pic.twitter.com/46zPXaQnrU
— Emosi (@ConfessTweetMY) July 2, 2023