Tuan rumah terkejut penyewa lemah lembut, suami handsome, isteri cantik, pakaian sentiasa kemas tapi pengotor yang amat

Tuan rumah terkejut penyewa lemah lembut, suami handsome, isteri cantik, pakaian sentiasa kemas tapi pengotor yang amat

 

Pastinya ramai memilih untuk menyewa kerana kos membeli rumah yang agak tinggi pada masa ini, terutamanya pasangan baru berkahwin.

Namun penyewa perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga rumah yang disewa dan tidak membuatnya seperti rumah sendiri hingga kebersihan tak terjaga.

Hujung tahun lepas, tular satu video di media sosial mengenai keadaan dalam rumah yang sangat teruk dan penuh dengan sampah sarap seperti tidak berpenghuni.

“Tak tahu macam mana dia boleh hidup dengan keadaan macam ni,” ujarnya

Menurut pemilik rumah, Kamarina, dia menyewakan rumah tersebut kepada pasangan suami isteri sejak pertengahan tahun lalu (2021) dengan bayaran sebanyak RM500 sebulan.

“Suami isteri ni asalnya menyewa bilik di tempat lain tetapi bercampur penghuni lelaki lain di dalam rumah. Mereka kemudian minta tolong nak sewa rumah saya.

“Mereka baru berkahwin, si isteri tidak bekerja ketika itu. Jadi saya kasihan mereka dan beri peluang untuk menyewa,” katanya kepada Mstar.

Akibat selalu lambat bayar sewa bulanan dan ada tunggakan, Kamarina membuat keputusan untuk pergi ke rumah tersebut.

Namun ketika tiba, kedua-dua penghuni tiada di rumah dan sebaik melangkah masuk dengan kunci pendua, dia terkejut melihat keadaan rumah tersebut.

“Saya hanya mampu berdiri, nak jalan pun susah. Memang tak boleh duduk langsung sebab banyak sangat sampah. Tilam dicucuk dengan rokok.

“Ada makanan yang berulat. Bukan setakat di ruang tamu dan dapur, di dalam bilik tidur pun ada. Baunya tak boleh nak bayangkan, itu belum lagi dengan lipas sana sini.

“Di tandas pula ada seluar dalam lelaki yang dibiarkan atas lantai.,” tambahnya.

Menurut jiran di sekeliling, pasangan tersebut masih dilihat keluar masuk ke rumah namun sukar dibayangkan bagaimana mereka tidur dan tinggal dalam rumah sebegitu.

Kamarina kemudian meminta pasangan tersebut untuk keluar jika mereka tidak mampu membayar sewa.

“Mereka bersetuju untuk keluar dari rumah dan beberapa hari kemudian rumah ditinggalkan dalam keadaan yang telah dikemaskan, cuma kotor sikit-sikit tidak seteruk hari tu,” katanya.

Difahamkan rumah tersebut disewa kepada pasangan tersebut yang bekerja sebagai kontraktor atas dasar kesian dan tiada sebarang perjanjian dokumen yang dibuat.

“Saya tak serik untuk menyewakannya lagi, sebelum ni pun ada saja penyewa yang pengotor tapi ini yang paling teruk. Takut pula ada benda-benda pelik kat rumah tu.

“Cuma saya terkejut sebab mereka lemah lembut. Suaminya handsome, isteri cantik dan mereka sentiasa berpakaian kemas. Mungkin sikap pengotor mereka tak dapat dijangka,” tambah wanita ini lagi.