Tuduh adiknya ‘gay’, sekali kakaknya komen baru ada akai

Tuduh adiknya ‘gay’, sekali kakaknya komen baru ada akai

Isu kontroversi melibatkan DSV yang menuduh Anuar Zain sebagai pengamal ‘gay’ mengundang kemarahan kakak penyanyi lelaki terkenal itu.

Menurut portal hiburan Oh!Bulan, kakak Anuar, Ziana Zain seakan-akan tidak berpuas hati dengan tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikatakan melabel adiknya sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis menerusi satu siaran ‘live’ di media sosial.

‘Sangat biadap’

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang sempat merakam sesi ‘live’ itu berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum. Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu. Vida dengan nada berbisik menyebut sesuatu yang berakhir dengan ‘kay’

*ay.. *ay.. faham tak?

Video tersebut mendapat perhatian Ziana yang kemudian meninggalkan komen pada video tersebut menggunakan akaun TikTok rasminya. Walaupun tidak jelas, namun ramai beranggapan Vida menyebut satu perkataan yang melabel seseorang itu mengamalkan hubungan sejenis.

Selain Ziana, dakwaan tersebut mengundang marah netizen yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki itu. Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok.

Sebenarnya cakap ‘okay’

Susulan reaksi negatif daripada sesi ‘live’ tersebut, Vida dalam satu lagi sesi ‘live’ petang semalam membuat penjelasan yang dia sebenarnya menyebut perkataan ‘okay’ dan bukannya ‘gay’, namun disalah tafsir oleh netizen.