“Tugas hakiki seorang suami adalah buang sampah,” gurauan wanita ini dapat sokongan netizen

“Tugas hakiki seorang suami adalah buang sampah,” gurauan wanita ini dapat sokongan netizen

 

Dalam sebuah perkahwinan ini, suami dan isteri mempunyai tugas masing-masing bagi mengelakkan terjadinya satu pergaduhan.

Pengguna TikTok, Nani Roslan yang terkenal dengan keunikan suaranya memuat naik satu video menjelaskan bagaimana buang sampah menjadi tugas suami.

Niat hanya bergurau, wanita tersebut menyatakan buang sampah adalah satu-satunya pertolongan yang diminta daripada sang suami.

@nani.roc

Replying to @Sasa trash belongs in the bin, not binti 💅

♬ original sound – Nani Roslan – Nani Roslan

“Tahukah anda mengapa tugas hakiki seorang suami adalah membuang sampah, ini kerana sampah dibuang dalam bin bukan binti.

“Saya banyak lagi kerja eh, masak, jaga anak. Awak buang sampah je kot,” katanya.

Warganet bersetuju dengan kenyataan wanita tersebut malah ada pengguna yang berkongsi mengenai rakannya yang buang sampah jauh daripada rumah.

“Saya ada kawan yang beritahu isterinya nak keluar buang sampah, jauhnya sampai dekat rumah saya. Siap lepak minum dekat kedai lagi,” kata @Dzmxnxr.

“Setuju, buang sampah je. Kita kerja lagi banyak daripada sang suami tapi ada juga yang nak protes,” kata @iraaa79_.