Tukang masak kongsi ‘rahsia’ cara nak hilangkan bau hanyir ikan, senang je rupanya

Tukang masak kongsi ‘rahsia’ cara nak hilangkan bau hanyir ikan, senang je rupanya

 

Bagi yang jarang masak ikan mesti pening kepala macam mana hilangkan bau hanyir, sebenarnya tak susah pun.

Mesti ramai ingat kena guna banyak bahan untuk hilangkan bau, rupanya tidak, hanya guna bahan yang ada di rumah sahaja.

Ikuti perkongsian TikTok, Rizal Tomyam mengenai cara mudah untuk hilangkan bau hanyir ikan.

Bahan-bahan:

  • Ikan atau ayam
  • Air basuhan beras
  • Satu sudu besar garam

Cara-cara

  1. Masukkan ikan atau ayam ke dalam satu bekas, pastikan dah cuci bersih.
  2. Tuangkan air basuhan beras yang disimpan ke dalam bekas tersebut.
  3. Pastikan ikan atau ayam tenggelam dalam air basuhan beras.
  4. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam rendaman tersebut (Ikan boleh tahan lama dalam peti ais).
  5. Rendam dalam 30 minit ke satu jam bergantung pada saiz (lagi lama lagi bagus).
  6. Kemudian bilas dengan air biasa dan boleh masak seperti biasa.

Rata-rata netizen memaklumkan ini adalah cara yang di ajar oleh emak mereka untuk buang hanyir ikan dan hingga kini masih digunakan.

“Arwah mak saya pun cuci ikan atau ayam guna air basuhan beras. Ikan akan rasa manis dan segar bila kita masak.

“Emak saya ajar basuh dengan limau purut, bau jadi wangi dan hanyir pun hilang.

“Lepas rendam dengan air basuhan beras, cuci ikan dengan air. Air basuhan beras tu boleh siram pula dekat pokok, elok jadinya,” antara komen netizen.

@rizaltomyam0890

Tips hilangkan bau hanyir ikan #rizaltomyam #fyp

♬ bunyi asal – rizal tomyam – rizal tomyam