Tukang masak Thai kongsi 2 cara lembutkan daging liat, memang menjadi!

Tukang masak Thai kongsi 2 cara lembutkan daging liat, memang menjadi!

 

Tercari-cari cara nak lembutkan daging? Maklumlah, daging yang liat ni akan melambatkan proses memasak.

Kalau masak dalam kuantiti banyak, sampai berjam-jam lamanya. Penat kan?

Ada dua petua untuk melembutkan daging yang dikongsi oleh saudari Mahamidah Hamdan dan saudara Nizam Tahar.

Ramai yang dah cuba dan menjadi.

Nanti bolehlah masak macam-macam lauk berasaskan daging dengan mudah. Memang puas hati.

PETUA 1: CARA LEMBUTKAN DAGING- PETUA DARI TUKANG MASAK THAI (GUNA AIS)

Cara ini selalu dipraktikkan bila nak masak lauk berasaskan daging seperti sup daging atau sup tulang. Memang sekejap sahaja proses memasaknya. Caranya adalah:

  1. Rebus daging terlebih dahulu selama 20 -30 minit.
  2. Masa air tengah menggelegak, masukkan ketulan ais.
  3. Hasilnya, sekejap sahaja daging yang dimasak jadi empuk. Kemudian bolehlah ditambah bahan-bahan rencah sup yang lain, mengikut resipi masing-masing.

PETUA 2: CARA LEMBUTKAN DAGING CARA CIKGU IDA (GUNA MINYAK MASAK)

Biasanya, bila nak melembutkan daging, orang akan rebus. Tapi petua di bawah ini berbeza kerana ia menggunakan minyak masak. Caranya ialah:

1. Masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan.

2. Masukkan daging. Air dari daging akan keluar sendiri.

3. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sahaja sampai air kering.

4. Bila air hampir kering, kacau banyak kali.

5. Bila air kering, daging akan jadi lembut dan empuk. Memang mudah dan simple je.

6. Lepas tu bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda.