Tukang rumah kongsi tip hilangkan simen melekat pada lantai & jubin, hanya guna satu bahan ini sahaja

Tukang rumah kongsi tip hilangkan simen melekat pada lantai & jubin, hanya guna satu bahan ini sahaja

Tip hilangkan simen melekat pada lantai dan jubin, boleh cuba cara tukang rumah ini kongsi. Kebiasaannya apabila rumah baru siap dibina, masalah kesan simen yang melekat pada lantai kerap berlaku.

Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat. Hendak pijak pun rasa ‘tak sanggup.’ Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.

Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.

Ini kesan simen yang melekat pada lantai.

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

 

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

 

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.

Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Boleh Cuba Cara Tukang Rumah Ini Kongsi

Berikut video penuh seperti yang dikongsikan TikTok Zulacu (Abang Zul)

 

@zulacu

Membalas kepada @saifulhafizam5 ilmu kita kena kongsi bersama. kalau bermafaat tolong like,share, komen #fyptukangbatu #tiktokmalaysia #kecam #fypシ #fyp #mozek #ilmu #ilmubermanfaat

♬ bunyi asal – Alang Zul – Alang Zul