Tular ayah kahwini kawan baik anaknya

Tular ayah kahwini kawan baik anaknya

 

Di Bandung, Indonesia, seorang remaja yang berusia 19 tahun mengahwini bapa kepada kawan baiknya yang jarak usia mereka 33 tahun.

Isteri bapa kawan sekolah

Menerusi laporan Tribunnews, tular sebuah video yang memaparkan momen perkahwinan bapanya bersama ibu tiri iaitu kawan baiknya sendiri.

Menurut Silva, 19, mereka mula bekawan sejak dari sekolah. Namun, hubungan mereka menjadi tidak akrab apabila memasuki sekolah menengah. Ini kerana, mereka berlainan kelas.

Ayah saya dan bapanya seorang kontraktor. Kawan saya sering dibawa ke tempat kerja oleh bapanya. Singkat cerita, kami berdua berkawan dan sering bermain bersama ketika kecil.

Silva atau nama sebenarnya Silva Nabila Dwi Andini terkejut apabila mendapat tahu bapanya bersama kawan baiknya sendiri. Walaupun begitu, dia tetap merestui hubungan mereka.